TUTORIAL : MEMBUAT BLOG

Assalamualaikum, ini adalah tutorial yang pertama. Rasanya hampir semua orang tahu apa itu blog tapi jangan terkejut kerana masih ada yang kurang tahu bagaimana untuk membuatnya. Rata-ratanya bertanyakan soalan yang sama semasa berchatting dengan saya di facebook. Ada banyak laman web yang menawarkan kemudahan untuk blogging.

Untuk tutorial kali ini, saya gunakan blogger kerana ianya lebih simple dan anda tidak perlu tahu coding yang rumit untuk menghasilkan sebuah blog.

1. Pergi ke www.blogger.com, Sign in atau daftar masuk dengan menggunakan akaun gmail anda.


2. Masukkan display name atau nama yang akan digunakan setiap kali membuat entri baru. Anda boleh pilih untuk tanda pada email notification untuk mendapatkan update terkini dari blogger dan tanda pada I accept the Terms of Service untuk meneruskan pendaftaran blog.


3. Klik pada CREATE YOUR BLOG NOW.


4. Isikan blog title pilihan anda dan blog address/url. Klik pada Check Availability untuk memastikan url anda belum dipunyai oleh sesiapa.


5. Memilih template atau reka hias blog anda. Saya memilih simple dari Josh Peterson.


6. Klik start blogging.


7. Isikan title atau tajuk entri, isi kandungan entri dan labelkan entri anda tau boleh juga dibiarkan kosong. Klik preview untuk melihat pratonton entri anda, save dan setelah berpuas hati boleh la publish entri anda.

8. Tadaa! Dah siap. Sekarang tekan view post untuk melihat hasilnya.

9. Hasil penuh


p/s: Pertama kali membuat tutorial mungkin kurang memuaskan hasilnya, akan cuba lebih baik lain kali.

0 comments: