Untuk tutorial kali ini, saya gunakan blogger kerana ianya lebih simple dan anda tidak perlu tahu coding yang rumit untuk menghasilkan sebuah blog.
1. Pergi ke www.blogger.com, Sign in atau daftar masuk dengan menggunakan akaun gmail anda.

2. Masukkan display name atau nama yang akan digunakan setiap kali membuat entri baru. Anda boleh pilih untuk tanda pada email notification untuk mendapatkan update terkini dari blogger dan tanda pada I accept the Terms of Service untuk meneruskan pendaftaran blog.

3. Klik pada CREATE YOUR BLOG NOW.

4. Isikan blog title pilihan anda dan blog address/url. Klik pada Check Availability untuk memastikan url anda belum dipunyai oleh sesiapa.

5. Memilih template atau reka hias blog anda. Saya memilih simple dari Josh Peterson.

6. Klik start blogging.

7. Isikan title atau tajuk entri, isi kandungan entri dan labelkan entri anda tau boleh juga dibiarkan kosong. Klik preview untuk melihat pratonton entri anda, save dan setelah berpuas hati boleh la publish entri anda.



p/s: Pertama kali membuat tutorial mungkin kurang memuaskan hasilnya, akan cuba lebih baik lain kali.